Ha!! nape gamba semua hilang nih.. inilah akibatnye kalau lama tak kemaskini entri. Tetapi bukan hal ini yang hendak aku ketengahkan. Akan diselesaikan permasalahan ini nanti insyaAllah. Balik pada cerita asal aku "sekeping rm 50".
Semalam aku keluarkan duit dari bank Islam, ok bukan sebab aku dapat Br1m tu ye. Maklumlah berderet semalam aku tengok orang berbaris, sementara aku nak selesaikan satu urusan di Maybank. Masuk dalam bank Islam..alhamdulillah, tak ramai beratur di atm. Sesudah aku keluarkan sejumlah wang dengan 'confident'nya aku simpan rapi dalam dompet bimbit aku.
Keesokan paginya, aku keluarkan duit tersebut dan aku bahagikan sejumlah wang pula kepada suami dan sejumlah lagi aku simpan untuk langsaikan bil bulanan dan andai ada kecemasan. Masih terhijab lagi padangan aku, sehingga suami tegur. "Yang, kenapa dengan duit ni?". Aku capai duit yang dihulur. Biasa la duit dah kotor warna macam dah berkarat, bila dibelek diteliti..cacat rupanya duit ni. Aku gantikan dengan duit yang lain kepada suami.
Memandangkan duit tu keluar dari mesin atm jadi aku berani gunakan duit tu tuk urusan jual beli. Tempat pertama yang aku singgah adalah stesen minyak..nekad ni nak guna duit yang cacat tadi. Elok keluar dari kereta, seorang mamat dari bangladesh a.k.a pekerja kat situlah..menyapa aku " Nak isi berapa ringgit?". "Dua puluh" jawab aku ringkas. "Boleh bayar sini.." katanya. Terus aku keluarkan duit cacat lalu bagi kat dia. Dibelek-belek duit tu tanda tak puas hati. "Ada duit lain ka?" meminta aku tukar. "Takdelah, semua duit kecil saja, ini saja yang ada." "Itu ada" katanya pada not rm50 yang lain. Adoila sempat lak mamat ni kerling dompet aku. Okla aku hulurkan duit yang baru. Susah gak mission aku ni. Dipulangkan duit bakinya sambail mamat tu tunjuk kat aku jumlahnya.." Betul?" dia tanya minta kepastian. " Ha..betul."terus aku ambil masuk dalam dompet aku. Berulang lagi kecuiaan aku disini. Bukan ape aku rasa malu berbohong tadi terus kepala ligat nak cari jalan agar duit yang cacat tadi dapat digunakan.
Aku masih tak puas hati kenapa duit yang aku keluarkan dari atm yang "teristimewa" ni tak dapat berkhidmat. Otak aku ligat bagaimana caranya tuk aku gunakan duit ni. Ahha..cuba masukkan duit guna cash deposit. Sekali lagi duit aku ditendang. Sudah la tadi orang yang reject, mesin pun reject duit tersebut. Ok aku dah malas nak layan hal duit ni, tapi otak masih ligat mencari jalan-jalan tuk selesaikan masalah tuan dia ni.
Baiklah ini yang terakhir, samada aku boleh dengan tak ja, bayar bil. Melangkah je aku ke dalam pejabat pos aku melihat nombor ditangan dan mencongak kaunter mana yang aku akan dilayan. Aku mengintai disebalik kaunter-kaunter, yang perempuan nampak lembut je orangnye. Dua kaunter lagi lelaki risau gak aku kalau ditanya, suara pakcik-pakcik ni boleh tahan juga. Lantas aku buka dompet kemudian keluarkan sekeping not lain namun dengan harapan yang tinggi dapat kaunter perempuan. Semasa aku menggantikan duit teristimewa tadi dengan duit baru, aku sempat mencongak kertas merah yang terselit ade empat keping.
"1106 kaunter 2.." ok terus aku padamkan hasrat untuk mencuba. Terkuburlah misi akalku yang sebentar tadi ligat membantu telah dikalahkan oleh perasaan malu takut dimalukan sekali lagi. Menolak pintu pejabat pos dengan akal yang kosong, sepi tak seperti diawalnya. Mungkin segala peluang yang ada telah habis dimusnahkan.
Kini aku memandu sambil menyalahkan punca utama dimana wang itu aku perolehi. KENAPA derang tak check. KENAPA duit begitu boleh terlepas dalam ATM. MENGAPA perlu diletakkan jika duit sebegitu tidak akan diterima dan bakal menyusahkan aku atau sesiapa yang dapat. BAGAIMANA jika yang dapat itu nasib kurang baik dan dalam keadaan yang terdesak, hanya duit rosak itu je yang ada. Maka inilah soalan-soalan yang bermain dipikiran (simpton orang yang tak puas hati dengan keadaan).
Namun perlahan-lahan aku persoalkan kembali, bukankah aku sungguh bernasib baik kerana mungkin ada diluar sana yang pernah dimalukan lebih daripada diriku. Mengapa dalam banyak-banyak orang yang beratur itu namun aku yang terpilih sebagai calon duit yang teristimewa ini. Mungkin ada khilafnya pada aku, atau adakah ini yang dikatakan REZEKI BUKAN MILIKKU. Ya nilai rm50 itu besar, rugi kerana tidak laku namun disebalik kerugian itu pengajaran yang diberi jauh lebih besar nilainya.. Alhamdulillah..Terima Kasih padaMu ya Allah..kerana menyedarkan aku. Lapang terus fikiran aku.
Tiba-tiba pula aku teringatkan duit merah yang empat keping tu, elok dah sampai rumah aku megira jumlah penggunaan duit tadi.. Ha..sah duit mamat bangladesh tadi lah ni. Adoila..dah kena keluar balik..
Inilah duit yang membuatkan sibuk berfikir dan akhirnya menyedarkan aku, betapa aku hanyalah insan hina. Andai itu bukan rezeki ku maka termaktublah. Aku redha. Apa yang aku nak buat dengan duit ni? hmm samada aku mencari cara tuk tukar duit ni atau aku frame buat sejarah hidup aku. Baiklah kat bawah ni aku sertakan link yang serba sedikit bagitau camna nak tahu duit itu laku atau tak...
Wassalam
rujukkan:
http://jimatcermat.my/trivia-tentang-ringgit-malaysia-yang-anda-mungkin-tidak-tahu/