Followers

Showing posts with label Fucia Voyage. Show all posts
Showing posts with label Fucia Voyage. Show all posts

Tuesday, November 12, 2013

@Dairi Pertama kali Travelogue 'Backpacker'



 

Assalamualaikum semua..
     Sebenarnya backpacking ini telah lama kita lakukan, antara sedar dengan tak saja. Contohnya, percaya tak kita adalah backpacker semasa kita balik kampung. Bawa beg, naik bas tetapi penginapan je yang percuma, hehehe sebab balik rumah sendiri. Ini adalah sekumit dari persediaan menjadi backpacker, bezanya ialah situasi,persediaan fizikal dan mental serta pengalaman yang akan dilalui, dimana kita hanya bergantung pada diri sendiri ketika melancong.
   Sebut saja backpacker kita sedia maklum perjalanan tambang murah seperti menggunakan pengangkutan awam, tinggal di hotel bujet dan sentiasa bergalas beg besar sepanjang perjalanan. Namun, penggunaan istilah backpacker kini lebih general dan kini backpacker merupakan trend anak muda bercuti dan menimba pengalaman terutamanya di negara orang. Ok meh nak kongsikan serba sedikit tentang backpacking/backpacker ni. Copy dari wikipedia jadi dalam bahasa inggeris la ye.

History of backpacker

While people have travelled for all history with their possessions in packs they carry on their backs, the concept of modern backpacking can be traced, at least partially, to the Hippie trail of the 1960s and '70s, which in turn followed sections of the old Silk Road. In fact, some backpackers today seek to recreate that journey, albeit in a more comfortable manner.[4] Seventeenth-century Italian adventurer Giovanni Francesco Gemelli Careri has been cited by some authorities as one of the world's first backpackers. The definition of a backpacker has evolved as travellers from different cultures and regions participate. A 2007 paper said "backpackers constituted a heterogeneous group with respect to the diversity of rationales and meanings attached to their travel experiences. They also displayed a common commitment to a non-institutionalised form of travel, which was central to their self-identification as backpackers."Backpacking as a lifestyle and as a business has grown considerably in the 2000s as a result of low-cost airlines and hostels or budget accommodations in many parts of the world.

resource from wikipedia/backpacker

      Memang benar melancong secara backpacking sangat menjimatkan, tetapi meletihkan jika tidak ada perancangan. Memandangkan penerimaan melancong secara backpacking ini kini meluas, maka tidak mustahil untuk kita merancang perjalanan dengan lebih awal. Aku cuba berkongsi serba sedikit pengalaman pertama backpacker yang tak seberapa ye.
Bagaimana caranya?
  1. Lebih seronok jika kita backpacking berkumpulan atau berpasangan supaya perjalanan tidak begitu membosankan. Andai ingin melancong secara individu masih tak menjadi masalah jika sudah menjadi kebiasaan.
  2. Rancang tempat percutian lebih awal, jika boleh 3 bulan lebih awal untuk menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada harga berpatutan.
  3. Buat research tentang tempat, kebudayaan atau mercu tanda di sesebuah destinasi yang ingin ditujui. Apa yang penting adalah:
    • google destinasi yang akan dituju
    • rancang perjalanan seperti waktu bertolak, pengangkutan awam yang perlu dinaiki dan jalan yang dilalui.
    • kemudahan pengangkutan awam yang terdekat.
    • hotel budget yang berdekatan ( sebaiknya di kawasan bandar)
    • mudah untuk mencari bekalan makanan
  4. Edarkan jadual perancangan sesama kawan atau pasangan untuk memudahkan perjalanan.
  5. Perlukan beg yang tahan lasak dan selesa untuk dibawa kemana-mana sebaiknya beg sandang dengan kandungan pakaian yang minima (benda yang perlu sahaja)
  6. Pakai pakaian dan kasut yang selesa mengikut keadaan memandangkan banyak pergerakkan.
  7. Sediakan dokumen perjalan.
  8. Tukar matawang sebelum ke destinasi.
  9. Update/install  google MAPs atau GPS.
  10. Persediaan fizikal dan mental
   Pengalaman pertama kali aku melancong secara backpacking penat. Bayangkan ke hulu ke hilir perlu tarik dan angkat bagasi. Kemudian bila nak redah orang ramai depan pintu train. Kena mengangkat pula bila nak panjat dan turun tangga. Biasalah keadaan macam tu ye tak, kalau tak takkan digelar backpacker hehe..  Betul tu, tetapi yang salahnya adalah persediaan untuk jadi seorang backpacker.
Mengapa begitu?
  1. 'Zero knowledge' - aku dan suami tak buat research tentang tempat, pengangkutan yang digunakan dan jarak setiap destinasi. Apa yang kami risaukan adalah muatan bagasi dan memudahkan membawanya. Sebaiknya dapatkan tentatif perjalanan dan baca artikel yang berkaitan destinasi dan pengalaman backpacker yang lain.
  2. Bagasi yang tidak sesuai- jangan sesekali menggunakan bagasi kebiasaan kita bawa melancong atau aku panggil beg peti. Teorinya memang mudah sebab kita hanya tarik je bagasi tu. Tetapi sangat-sangat tak praktikal bila kita perlu mengangkatnya ketika menaiki dan menurun tangga. Letih habaq mai. Sebaiknya cuba guna bagasi sandang atau ransel. Nanti aku cuba buat tip-tip untuk bagasi ok.
  3. Bawa pakaian yang berlebihan -sebenarnya cukup untuk bawa sehelai sweater, 2 pasang pakaian yang mudah basuh/ cepat kering dan 2 pasang sarung kaki serta kasut yang selesa. Andai terasa ingin tukar baju mengapa tidak beli dari kedai souvenir.
  4. Membeli buah tangan - kebiasaan cerita nak melancong, orang akan kirimkan/ kita ingin belikan untuk orang mahupun diri sendiri. Untuk backpacker sebaiknya beli sesuatu yg tak mudah pecah, kecil dan tak menambahkan berat bagasi. Pengalaman dari aku juga, shopping tak hinggat..haha.

Tips memilih bagasi yang sesuai untuk backpacker.

1. Ukur dari tulang ke 7 vertabra hingga ke pinggul.

Apa jua jenis backpack/bagasi yang dipilih, ia perlulah muat atau selesa dengan badan (torso) kita. Untuk memastikan ukuran tersebut cuba lihat rajah sebelah. Cuba tunduk sedikit dan pointkan pada tulang ketujuh yang paling menonjol/timbul pada bahagiang belakang leher. Kemudian cari kedudukan tulang iliac crest, yang berada atas dari tulang pinggul dan ambil pita pengukur ukur dari point tulang 7 hingga iliac crest. Itulah ukuran panjang torso kita.

 

2. Pastikan bagasi selesa digalas mengikut panjang badan.

Untuk bagasi tersebut berada dalam kedudukan yang baik, jarak dari penggalas bahu hingga ke tali pinggang bagasi dapat menampung panjang badan (torso),  bukan ketinggian diri kita. Ini kerana seseorang yang tinggi tidak semestinya disebabkan panjang badannya dan begitu juga sebaliknya. Untuk memasikan bagasi tersebut sesuai, boleh dilihat julat saiz yang ada pada bag sama dengan panjang torso kita. Andai kita tidak selesa mengalas bagasi bermaksud size bag tersebut salah. Umpama memiliki kasut andai tidak sesuai saiznya pasti kaki melecet. Begitulah kita tak mahu menanggung sakit belakang.

3. Kedudukan tali pinggang bagasi

Akhir sekali, perlu dipastikan yang tali pinggang bagasi perlu berada pada paras tulang pinggul bukan di pinggang atau bawah tulang pinggul. Ini untuk memastikan beban yang ditanggung dapat disokong.

Ini adalah beberapa tips pemasangan bagasi:

Panjang tubuh badan kita perlu muat/sama dengan julat panjang ukuran bagasi.
Tali bahu hendaklah terletak pada belakang bahu kita.
Tali pengangkat beban harus keluar pada sudut 45 °  daripada bagasi.
Tali padding bahu sepatutnya berakhir 2 atau 3 inci di bawah ketiak kita.
Tali pinggang hendaklah meliputi bahagian atas tulang pinggul kita (iliac crest).
Tali pinggang harus menyokong majoriti berat bagasi ini.

Di sini aku sertakan link tentang tip-tip persediaan bagasi yang aku rasa sesuai untuk orang yang pertama kali nak jadi backpacker.
http://backpackers.my/293/tips-tips-backpacking/

Tuesday, October 29, 2013

Travelogue Sabah

Hari pertama 12/12/12


 

Sebut sal Sabah tentu semua terfikirkan Gunung Kinabalu yang terkenal. Kalau diikutkan pusing.Sabah ni mau sebulan si Fucia ni kena duduk sana hehe. Perjalanan kami adalah disekitar Kota Kinabalu. Turun dari lapangan terbang terus dibawa berjalan-jalan sekitar bandar tempat pertama yang kami jejak adalah Sutera Harbour Resort. Sebagai orang awam tempat ni boleh dikunjungi untuk bergambar sangat cantik, jadi aku pun tak lepaskan peluang.



Seterusnya ke Yayasan Sabah yang juga dikenali sebagai Menara Tun Mustapha dibina pada tahun 1977 kedua tertinggi di Borneo selepas Wisma Sanyan di Sibu. Terdapat restoran yang berputar di tingkat 18. Tak berkesempatan masuk lagi. Di sini juga ada galeri Tun Dato Mustapha untuk kunjungan umum.



Perut dah berkeroncong, apa lagi jom pekena nasi campur di Restoran Getaran Jiwa. Restoran ni terletak di Alam Mesra bertentangan dengan Borneo One menyajikan makanan mengikut selera semenanjung. Kemudian terus ke penginapan Homestay apartment di Inanam untuk berehat milik Pn. Safarina.

 
Sebelum tu sempat lah pusing-pusing dulu, kami singgah di warung kecil jual jeli kelapa. Dalam buah kelapa tu dimasak puding kelapa dn disejukkan didalamnya. Sedap sangat rasa kelapa dan pudingnya lembut. Warung ni dapat pengiktirafan JJCM TV3 lagi.
Malam pula cari makan Seafood Anjung Qaseh salah satu kedai makanan laut yang terletak di Waterfront. Dibuka pada waktu malam sahaja. Waktu siang tengok orang akan parking kereta kat sini. Ikan atau makan laut disini segar dan masakannya sedap.


 

 

Hari Ke Dua 13/12/12



Hari ke-2 kami di bawa oleh abang Pian berjalan-jalan dikawasan berhampiran Gunung Kinabalu. Tempat pertama berhenti di Tamparuli 1st Suspension Bridge. Merupakan titi gantung asal dikawasan tersebut.

Dari titi gantung ni dah boleh nampak permandangan Gunung Kinabalu yang megah. Sebenarnya dihadapan ada satu replika Jambatan Tamparuli ni berdekatan dengan pekan.
Kami meneruskan perjalanan ke Nabalu. Sepanjang perjalanan kami khusyuk dengan suasana sekeliling yang berkabus dan dan berawan, serta teruja melihat permandangan Gunung Kinabalu dari posisi yang berlainan. Setiba di pekan Nabalu kami singgah di Anjung Nabalu tempat rehat dengan berlatarkan Gunung Kinabalu. Di pekan ini terdapat pasar tani dan gerai cenderahati dan kraf yg menarik.





 
Destinasi seterusnya adalah Kundasang, merupakan tempat yang wajib singgah. Terdapat tempat-tempat menarik di sini seperti Rumah terbalik, pasar sayur dan buah-buahan di pekan Ranau.

Tapi yang ini nak 'rekemen' tuk dilawati iaitu Kg. Luanti bermain dengan ikan kelah. Hehe tu tengah 'control' geli. Disini pengunjung dipanggil mengikut giliran dan diberi masa 15 minit. Ikan tu tengah diberi makan. Tapi kalau palet makanan tu dah habis, ikan tu macam tau-tau je wat barisan tuk berehat.
 
Kemudian kami menuju ke Poring. Tempat ini terkenal dengan kolam air panas. Telaga air panas ini terhasil dari aktiviti gunung berapi kurang aktif hasil terakhir kehilangan haba dari batu Ignues. Panas Bah..
 
'Last but not least' Desa Cattle Mesilau, Ranau atau 'Mini New Zealand' nama jolokan oleh para pelancong yang pernah sampai disini. Tempat ini merupakan kawasan ternakan lembu tenusu. Disini boleh dilihat proses penuaian susu sehingga susu dikotakkan. Gambar ini salah satu pengalaman yang boleh dirasai pengunjung memberi anak lembu menyusu dan makan.
 

 
Selamat tinggal Melisau. Tak sempat tuk singgah di Kinabalu National Park. Hari kian kelam, harus kami berangkat pulang. Seronok andai dapat bermalam sehari di Ranau kalau boleh. Perjalanan seharian amat memenatkan tapi sangat berbaloi.


* Sebarang pertanyaan tentang pakej bercuti di Sabah yang ditawarkan oleh pasangan Pn Safarina dan suami bole hubungi beliau di 016 8109796

Thursday, December 20, 2012

@Dairi Pertama kali Travalogue via Air Asia

Entri ni aku cuba khususkan pada mereka yang pertama kali 'travel' jauh kesempadan. Tak kisah kenderaan apa pun yang dinaiki, persediaan adalah perlu agar kita tidak terpinga-pinga atau panik bila menghadapai masalah. Ok aku tak nak sentuh tentang kenderaan yang biasa kita naik sebab semua orang sedia maklum. Bagaimana dengan pengangkutan yang jarang-jarang kita nak naik kalau tak ade sebab musababnya.
Kapal terbang atau senang sebut'airoplane' merupakan kenderaan elit di era 1900an lagi yang didominasi oleh Syarikat gergasi MAS sejak tahun 1971. Sehinggalah perkhidmatan tambang murah diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Syarika Air Asia, memjadikan pengangkutan ini lebih digemari samada domestik mahupun antarabangsa. Jom kita selak sikit sejarah bermulanya pengangkutan ini di negara.