Followers

Monday, December 3, 2012

Testimoni aku dan sabun beras



Genap hari ke-tujuh aku menggunakan sabun susu thai ni (sabun susu beras). Aku khususkan tuk gunakan di badan. Aku ade 'surf'  tentang sabun ni dan baca kat blog-blog tentang kelebihan sabun ni dan testimoni derang, ramai yang berpuas hati. Aku kalau boleh nak samakan tone kulit tangan ni sehampir dengan kulit muka. Erm..berjayakah aku?

Alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan..sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit..



Ape pun yang kita cuba usahakan perlulah optimis, konsisten dan yang paling penting bersabar. Insya Allah akan buahkan hasil. Tapi hasil yang bagaimana. Ok, testimoni aku ni akan berlarutan sampailah aku dapat hasilnya. Korang akan aku 'update' perubahan-perubahan yang berlaku pada diri aku satu demi satu, yang pastinya tak tentu masa lah.

Hari pertama; 26.Sept.2012 :
Pertama kali guna sabun tu, mulanya guna cuci muka tuk hilangkan jerawat dua biji yang de kat muka. Saja nak tengok keberkesanannya.
Agak mengagumkan jerawat tu keluar air bisanya(warna kuning susu tu kan),aku rasa dan nampak jerawat tu mengecut sedikit. Aku tak rasa kulit aku kering sangat, sebab muka aku jenis kombinasi ade zone bermnyak dan kering. Selalunya muka aku akan kering dan tegang sangat selepas aku guna pencuci muka sahaja. Muka kombinasi ni memang cerewet, serius dari pengalaman aku kena guna milk cleancer dulu pastu facial cleancer sebaiknya jenis foam atau watergel. Memandangkan muka bukan tujuan aku gunakan sabun ni dan aku hanya guna bila nak cuci makeup terutamanya mata sebab aku suka pakai 'liquid eyeliner','eye pencil' dan 'Kajal eye pencil'. Korang bayangkan nak buang 3 jenis tu susahkan. Aku guna sabun tu cuci.

Hari kedua; 28.Sept.2012 :
Hari pertama aku mula guna untuk tangan, ketiak dan tengkuk. Alhamdulillah yang ini memang aku kasi 'thumbs up' sebabnya aku wangi je macam pakai bedak dan ketiak aku tak berbau hangit walaupun berpeluh. Aku bukan ketegori badan berbau tapi bila keluar di tempat panas ketiak cepat je lecak. Bau hangit tu yang tak tahan. So aku memang tangkap cinta dengan sabun ni. 'Love it. Love it'. Aku buat rutin yang sama selama 3 hari, pada hari ke-tiga tu aku kena gi jumpa sepupu aku. Waktu aku memandu aku rasa tangan aku kering. Kebetulan pula matahari agak terik. Apakah ini perubahan atau kesan sabun. Sebenarnya benda ni normal je kita dalam aircond kering luar pula panas 2kali ganda kekeringan. Sebelum ni kalau keluar pun aku sapu je losyen tangan hehe. Aku baca dalam blog sabun ni bukan tuk melembabkan kulit. Tapi tuk memutihkan, menghaluskan dan melicinkan.

Hari ketiga; 30.Sept.2012 :
Aku guna satu badan sebab aku suka bau ia, aku yakin ia menghalang badan berbau dan usaha aku sekarang tuk cerahkan rona kulit aku..hehe..sampai sekarang aku guna dan ada perubahan pada kulit tangan. Tak kering sangat cumanya ada pengelupasan halus pada kulit tangan aku. Pentingnya guna losyen tuk lembabkan kulit agar tak terlalu tegang. Siku pun kurang sikit lebamnya.

Sekarang ni sebuku sabun yang aku guna sudah kurang 50% dalam seminggu. Saje kongsikan untuk pengetahuan bersama. Tambah lak kakak aku dari Sabah tu berminat nak mencuba. Penutup soalan dia tanya aku sabun tu tahan lama tak. Jadi kakak as 'FYI' ye. Kena stok banyak la kalau tuk sabun badan ok.

2 comments:

  1. Lucky Club Casino Site 2021
    Lucky Club is an online casino site. The site's motto is to help make your online experiences as rewarding as possible without having to make a deposit. luckyclub Lucky Club's

    ReplyDelete