Hari pertama 12/12/12
Sebut sal Sabah tentu semua terfikirkan Gunung Kinabalu yang terkenal. Kalau diikutkan pusing.Sabah ni mau sebulan si Fucia ni kena duduk sana hehe. Perjalanan kami adalah disekitar Kota Kinabalu. Turun dari lapangan terbang terus dibawa berjalan-jalan sekitar bandar tempat pertama yang kami jejak adalah Sutera Harbour Resort. Sebagai orang awam tempat ni boleh dikunjungi untuk bergambar sangat cantik, jadi aku pun tak lepaskan peluang.
Seterusnya ke Yayasan Sabah yang juga dikenali sebagai Menara Tun Mustapha dibina pada tahun 1977 kedua tertinggi di Borneo selepas Wisma Sanyan di Sibu. Terdapat restoran yang berputar di tingkat 18. Tak berkesempatan masuk lagi. Di sini juga ada galeri Tun Dato Mustapha untuk kunjungan umum.
Perut dah berkeroncong, apa lagi jom pekena nasi campur di Restoran Getaran Jiwa. Restoran ni terletak di Alam Mesra bertentangan dengan Borneo One menyajikan makanan mengikut selera semenanjung. Kemudian terus ke penginapan Homestay apartment di Inanam untuk berehat milik Pn. Safarina.
Sebelum tu sempat lah pusing-pusing dulu, kami singgah di warung kecil jual jeli kelapa. Dalam buah kelapa tu dimasak puding kelapa dn disejukkan didalamnya. Sedap sangat rasa kelapa dan pudingnya lembut. Warung ni dapat pengiktirafan JJCM TV3 lagi.
Malam pula cari makan Seafood Anjung Qaseh salah satu kedai makanan laut yang terletak di Waterfront. Dibuka pada waktu malam sahaja. Waktu siang tengok orang akan parking kereta kat sini. Ikan atau makan laut disini segar dan masakannya sedap.
Hari Ke Dua 13/12/12
Hari ke-2 kami di bawa oleh abang Pian berjalan-jalan dikawasan berhampiran Gunung Kinabalu. Tempat pertama berhenti di Tamparuli 1st Suspension Bridge. Merupakan titi gantung asal dikawasan tersebut.
Dari titi gantung ni dah boleh nampak permandangan Gunung Kinabalu yang megah. Sebenarnya dihadapan ada satu replika Jambatan Tamparuli ni berdekatan dengan pekan.
Kami meneruskan perjalanan ke Nabalu. Sepanjang perjalanan kami khusyuk dengan suasana sekeliling yang berkabus dan dan berawan, serta teruja melihat permandangan Gunung Kinabalu dari posisi yang berlainan. Setiba di pekan Nabalu kami singgah di Anjung Nabalu tempat rehat dengan berlatarkan Gunung Kinabalu. Di pekan ini terdapat pasar tani dan gerai cenderahati dan kraf yg menarik.
Destinasi seterusnya adalah Kundasang, merupakan tempat yang wajib singgah. Terdapat tempat-tempat menarik di sini seperti Rumah terbalik, pasar sayur dan buah-buahan di pekan Ranau.
Tapi yang ini nak 'rekemen' tuk dilawati iaitu Kg. Luanti bermain dengan ikan kelah. Hehe tu tengah 'control' geli. Disini pengunjung dipanggil mengikut giliran dan diberi masa 15 minit. Ikan tu tengah diberi makan. Tapi kalau palet makanan tu dah habis, ikan tu macam tau-tau je wat barisan tuk berehat.
Kemudian kami menuju ke Poring. Tempat ini terkenal dengan kolam air panas. Telaga air panas ini terhasil dari aktiviti gunung berapi kurang aktif hasil terakhir kehilangan haba dari batu Ignues. Panas Bah..
'Last but not least' Desa Cattle Mesilau, Ranau atau 'Mini New Zealand' nama jolokan oleh para pelancong yang pernah sampai disini. Tempat ini merupakan kawasan ternakan lembu tenusu. Disini boleh dilihat proses penuaian susu sehingga susu dikotakkan. Gambar ini salah satu pengalaman yang boleh dirasai pengunjung memberi anak lembu menyusu dan makan.
Selamat tinggal Melisau. Tak sempat tuk singgah di Kinabalu National Park. Hari kian kelam, harus kami berangkat pulang. Seronok andai dapat bermalam sehari di Ranau kalau boleh. Perjalanan seharian amat memenatkan tapi sangat berbaloi.
* Sebarang pertanyaan tentang pakej bercuti di Sabah yang ditawarkan oleh pasangan Pn Safarina dan suami bole hubungi beliau di 016 8109796