Assalamualaikum semua..Sebenarnya backpacking ini telah lama kita lakukan, antara sedar dengan tak saja. Contohnya, percaya tak kita adalah backpacker semasa kita balik kampung. Bawa beg, naik bas tetapi penginapan je yang percuma, hehehe sebab balik rumah sendiri. Ini adalah sekumit dari persediaan menjadi backpacker, bezanya ialah situasi,persediaan fizikal dan mental serta pengalaman yang akan dilalui, dimana kita hanya bergantung pada diri sendiri ketika melancong.
Sebut saja backpacker kita sedia maklum perjalanan tambang murah seperti menggunakan pengangkutan awam, tinggal di hotel bujet dan sentiasa bergalas beg besar sepanjang perjalanan. Namun, penggunaan istilah backpacker kini lebih general dan kini backpacker merupakan trend anak muda bercuti dan menimba pengalaman terutamanya di negara orang. Ok meh nak kongsikan serba sedikit tentang backpacking/backpacker ni. Copy dari wikipedia jadi dalam bahasa inggeris la ye.
History of backpacker
While people have travelled for all history with their possessions in packs they carry on their backs, the concept of modern backpacking can be traced, at least partially, to the Hippie trail of the 1960s and '70s, which in turn followed sections of the old Silk Road. In fact, some backpackers today seek to recreate that journey, albeit in a more comfortable manner.[4] Seventeenth-century Italian adventurer Giovanni Francesco Gemelli Careri has been cited by some authorities as one of the world's first backpackers. The definition of a backpacker has evolved as travellers from different cultures and regions participate. A 2007 paper said "backpackers constituted a heterogeneous group with respect to the diversity of rationales and meanings attached to their travel experiences. They also displayed a common commitment to a non-institutionalised form of travel, which was central to their self-identification as backpackers."Backpacking as a lifestyle and as a business has grown considerably in the 2000s as a result of low-cost airlines and hostels or budget accommodations in many parts of the world.
resource from wikipedia/backpackerMemang benar melancong secara backpacking sangat menjimatkan, tetapi meletihkan jika tidak ada perancangan. Memandangkan penerimaan melancong secara backpacking ini kini meluas, maka tidak mustahil untuk kita merancang perjalanan dengan lebih awal. Aku cuba berkongsi serba sedikit pengalaman pertama backpacker yang tak seberapa ye.
Bagaimana caranya?
- Lebih seronok jika kita backpacking berkumpulan atau berpasangan supaya perjalanan tidak begitu membosankan. Andai ingin melancong secara individu masih tak menjadi masalah jika sudah menjadi kebiasaan.
- Rancang tempat percutian lebih awal, jika boleh 3 bulan lebih awal untuk menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada harga berpatutan.
- Buat research tentang tempat, kebudayaan atau mercu tanda di sesebuah destinasi yang ingin ditujui. Apa yang penting adalah:
- google destinasi yang akan dituju
- rancang perjalanan seperti waktu bertolak, pengangkutan awam yang perlu dinaiki dan jalan yang dilalui.
- kemudahan pengangkutan awam yang terdekat.
- hotel budget yang berdekatan ( sebaiknya di kawasan bandar)
- mudah untuk mencari bekalan makanan
- Edarkan jadual perancangan sesama kawan atau pasangan untuk memudahkan perjalanan.
- Perlukan beg yang tahan lasak dan selesa untuk dibawa kemana-mana sebaiknya beg sandang dengan kandungan pakaian yang minima (benda yang perlu sahaja)
- Pakai pakaian dan kasut yang selesa mengikut keadaan memandangkan banyak pergerakkan.
- Sediakan dokumen perjalan.
- Tukar matawang sebelum ke destinasi.
- Update/install google MAPs atau GPS.
- Persediaan fizikal dan mental
Mengapa begitu?
- 'Zero knowledge' - aku dan suami tak buat research tentang tempat, pengangkutan yang digunakan dan jarak setiap destinasi. Apa yang kami risaukan adalah muatan bagasi dan memudahkan membawanya. Sebaiknya dapatkan tentatif perjalanan dan baca artikel yang berkaitan destinasi dan pengalaman backpacker yang lain.
- Bagasi yang tidak sesuai- jangan sesekali menggunakan bagasi kebiasaan kita bawa melancong atau aku panggil beg peti. Teorinya memang mudah sebab kita hanya tarik je bagasi tu. Tetapi sangat-sangat tak praktikal bila kita perlu mengangkatnya ketika menaiki dan menurun tangga. Letih habaq mai. Sebaiknya cuba guna bagasi sandang atau ransel. Nanti aku cuba buat tip-tip untuk bagasi ok.
- Bawa pakaian yang berlebihan -sebenarnya cukup untuk bawa sehelai sweater, 2 pasang pakaian yang mudah basuh/ cepat kering dan 2 pasang sarung kaki serta kasut yang selesa. Andai terasa ingin tukar baju mengapa tidak beli dari kedai souvenir.
- Membeli buah tangan - kebiasaan cerita nak melancong, orang akan kirimkan/ kita ingin belikan untuk orang mahupun diri sendiri. Untuk backpacker sebaiknya beli sesuatu yg tak mudah pecah, kecil dan tak menambahkan berat bagasi. Pengalaman dari aku juga, shopping tak hinggat..haha.
Tips memilih bagasi yang sesuai untuk backpacker.
1. Ukur dari tulang ke 7 vertabra hingga ke pinggul.
Apa jua jenis backpack/bagasi yang dipilih, ia perlulah muat atau selesa dengan badan (torso) kita. Untuk memastikan ukuran tersebut cuba lihat rajah sebelah. Cuba tunduk sedikit dan pointkan pada tulang ketujuh yang paling menonjol/timbul pada bahagiang belakang leher. Kemudian cari kedudukan tulang iliac crest, yang berada atas dari tulang pinggul dan ambil pita pengukur ukur dari point tulang 7 hingga iliac crest. Itulah ukuran panjang torso kita.2. Pastikan bagasi selesa digalas mengikut panjang badan.
Untuk bagasi tersebut berada dalam kedudukan yang baik, jarak dari penggalas bahu hingga ke tali pinggang bagasi dapat menampung panjang badan (torso), bukan ketinggian diri kita. Ini kerana seseorang yang tinggi tidak semestinya disebabkan panjang badannya dan begitu juga sebaliknya. Untuk memasikan bagasi tersebut sesuai, boleh dilihat julat saiz yang ada pada bag sama dengan panjang torso kita. Andai kita tidak selesa mengalas bagasi bermaksud size bag tersebut salah. Umpama memiliki kasut andai tidak sesuai saiznya pasti kaki melecet. Begitulah kita tak mahu menanggung sakit belakang.3. Kedudukan tali pinggang bagasi
Akhir sekali, perlu dipastikan yang tali pinggang bagasi perlu berada pada paras tulang pinggul bukan di pinggang atau bawah tulang pinggul. Ini untuk memastikan beban yang ditanggung dapat disokong.Ini adalah beberapa tips pemasangan bagasi:
Panjang tubuh badan kita perlu muat/sama dengan julat panjang ukuran bagasi.Tali bahu hendaklah terletak pada belakang bahu kita.
Tali pengangkat beban harus keluar pada sudut 45 ° daripada bagasi.
Tali padding bahu sepatutnya berakhir 2 atau 3 inci di bawah ketiak kita.
Tali pinggang hendaklah meliputi bahagian atas tulang pinggul kita (iliac crest).
Tali pinggang harus menyokong majoriti berat bagasi ini.
Di sini aku sertakan link tentang tip-tip persediaan bagasi yang aku rasa sesuai untuk orang yang pertama kali nak jadi backpacker.
http://backpackers.my/293/tips-tips-backpacking/
http://libur.karangkraf.com/5-rahsia-backpacking-di-negara-asing-1.163209
Dan ini adalah cara pemilihan bagasi yang sesuai:
http://vagus.fk.uns.ac.id/tips-memilih-ranselcarrier/
http://www.rei.com/learn/expert-advice/backpack.html
Dan ini adalah cara pemilihan bagasi yang sesuai:
http://vagus.fk.uns.ac.id/tips-memilih-ranselcarrier/
http://www.rei.com/learn/expert-advice/backpack.html
No comments:
Post a Comment