Followers

Thursday, December 20, 2012

@Dairi Pertama kali Travalogue via Air Asia

Entri ni aku cuba khususkan pada mereka yang pertama kali 'travel' jauh kesempadan. Tak kisah kenderaan apa pun yang dinaiki, persediaan adalah perlu agar kita tidak terpinga-pinga atau panik bila menghadapai masalah. Ok aku tak nak sentuh tentang kenderaan yang biasa kita naik sebab semua orang sedia maklum. Bagaimana dengan pengangkutan yang jarang-jarang kita nak naik kalau tak ade sebab musababnya.
Kapal terbang atau senang sebut'airoplane' merupakan kenderaan elit di era 1900an lagi yang didominasi oleh Syarikat gergasi MAS sejak tahun 1971. Sehinggalah perkhidmatan tambang murah diperkenalkan pada tahun 1993 oleh Syarika Air Asia, memjadikan pengangkutan ini lebih digemari samada domestik mahupun antarabangsa. Jom kita selak sikit sejarah bermulanya pengangkutan ini di negara.






Pada tahun 1937
Sebuah syarikat perkapalan enjin stim singapura yang berpusat di Liverpool dan Imperial Airways telah menghantar permohonan kepada kerajaan penjajah di Pulau Pinang dan Singapura untuk memulakan penerbangan berjadual yang menghubungkan kedua-dua bandar ini. Malayan Airways Limited (M.A.L) telah ditubuhkan namun perkhidmatan berbayar untuk penumpang yang pertama sekali hanya dapat diperkenalkan 10 tahun kemudiannya pada 2 Februari 1947 dan penerbangan sulung yang hanya membawa 5 orang penumpang ini adalah untuk ke Kuala Lumpur, bukan Pulau Pinang. Dalam tahun yang sama, M.A.L meluaskan operasi penerbangannya ke Jakarta, Medan, Palembang dan Saigon daripada hub utamanya di Singapura.
Pada tahun 1957, syarikat penerbangan ini dijadikan syarikat milik kerajaan. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.
Apabila negara Malaysia ditubuhkan, nama syarikat ini ditukar kepada Malaysian Airways Limited pada November 1963. Kemudian, apabila Singapura berpisah daripada Kesatuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, kerajaan Malaysia dan Singapura mengambil alih saham majoriti daripada BOAC dan pemegang saham yang lain dan syarikat ini bertukar nama menjadi Malaysia-Singapore Airlines.
Selepas 20 tahun memulakan operasinya, syarikat ini telah menggunakan pelbagai jenis pesawat seperti Comet IV, enam Fokker F27, lapan Douglas DC-3 dan dua Twin Pioneers dan mempunyai tenaga kerja seramai 2,400 orang. Pada 3 April 1971, syarikat penerbangan ini dibahagikan kepada dua syarikat, iaitu Singapore Airlines dan Malaysia Airlines Systems (M.A.S). Menjelang tahun 1972, M.A.S telah meluaskan operasi kepada lebih 34 destinasi domestik dan enam destinasi antarabangsa. Pada 15 Oktober 1987, nama perdangangan syarikat ini ditukar kepada Malaysia Airlines (M.A.S).

Petikan daripada: Wikipedia Penerbangan Malaysia.

Sebagai salah seorang penumpang yang pertama kali aku naik pesawat memang mendebarkan tetapi teruja. Mendebarkan sebab aku tak tahu prosedur yang perlu dilalui sebelum naik kapal terbang. Teruja, maklumlah pertama kali nak terbang di awan biru. Bermulanya pengalaman aku di rumah lagi.
 
Masa untuk kemas barang. Sebaiknya ada senarai barang yang ingin dibawa, tak semua syarikat penerbangan menyediakan minimum bagasi untuk kargo. Jadi perancangan perlu ada.




  1. Destinasi yang ditujui; tempat sejuk,tropika,pantai,panas atau lain-lain.
  2. Berapa hari penginapan
  3. Aktiviti; berehat,berjalan-jalan,aktiviti lasak atau membeli-belah.
  4. Senarai barang yang bersesuaian.
  5. Bagasi yang sesuai mengikut berat yang disediakan atau pilih.
Kebiasaannya bila melancong pasti kita akan membeli cenderahati atau baju sebagai kenangan. Maka boleh la kurangkan bawa baju, terpulang pada individu. Tapi jika destinasi tu untuk ber'shopping' apa salahnya tinggalkan ruang kosongkan.
 "Dik, hang jangan lupa web check-in flight booking. Mak punya sekali. Hang boleh wat awal atau sebelum 3 jam departure tau", biasa la kakak aku, masuk ni dah berapa kali peringat kat aku takut lupa.

"Erm macamana tu,kak ja lah check-in tak boleh ka?", aku memang tak retinya.
"Boleh..tapi hang la kena buat, nanti dia nak print boarding pass. Tak dak yang tu hang nak masuk macamana." Hehe sengih je lah aku.
"Ok..ok bagitau nak wat macamana."
Nasib baikla suami ada tuk menolong uruskan hal boarding pass ni. Baiklah, sekarang kerja mudah je semuanya dihujung jari anda. Masuk website ada tab pilihan 'Check-in' pastikan isi ruangan yang diminta seperti;

Web / Check-in
contoh Boarding Pass melalui web check in
  1. Nombor booking tiket
  2. Pengesahan peribadi
  3. Penambahan;(bagasi/makanan dan minumam/lain)-hanya tuk Air Asia je. Pastikan apa yang ditambah ini kita 'double confirm' di kaunter nanti, agar tak mengundang masalah.
  4. Print Boarding Pass pergi dan balik. Simpan rapi.
Atau di terminal ada kioks untuk check in booking tiket. Mudah je cuma isi apa yang perlu dan print. Kalau kat kaunter kena rm10 tuk print. So buat sendiri lagi bagus.

Baggage Check In/Drop Counter

Sebolehnya hadir awal di terminal agar kita tak terburu-buru. Jika bole menginap di hotel yang berdekatan, kebanyakkan ada sediakan pekhidmatan menghantar penumpang ke terminal. Atau berkampung je di terminal bergantung pada waktu penerbangan. Lihat papan pelepasan tuk pastikan balai pelepasan dibuka. Dengar pengumuman atau tengok je no flight kita pada tiket sama di papan led tu pastu dia tulis 'open' dah boleh check in.

contoh Boarding Pass dan tiket bagasi yang telah di Check in
 
Kalau ada bagasi yang perlu masuk Kargo harus imbas bag di Luggage Scan dulu, dah melalui scanner tu pastu derang akan dilekatkan stiker. Kemudian bawa bagasi tu ke kaunter chek-in pastikan ade boarding pass dan I.C bersama. Timbangan berat bagasi mencukupi mengikut pilihan berat yang kita beli, kalau lebih kena bayar di kaunter. Semak balik tiket bagasi sama dengan boarding pass dan semak beratnya. Tanya je di kaunter nak 'double check berat bagasi yang kita beli tu. Check in awal ye sbb kaunter akan tutup 45minit sebelum masa pelepasan.
Satu pengajaran pada aku semasa berlepas pulang ke semenanjung bila tiket bagasi aku yang sepatutnya 20kg salah print oleh orang kaunter. Aku check in bagasi awal tapi memandangkan pertama kali berurusan aku tak semak semula tiket tu, sebab di kaunter bagasi aku memang lepas 20kg. Naik kapal terbang derang check kata bagasi aku daftar atas nama adik yang tak hadir iaitu 15kg. Aku tengok balik tiket aku cakap yang aku memang booking 20kg. Peramugari tu kata aku yang check in atas nama adik aku. Walhal tiket tu perlu di print oleh staff kat kaunter Air Asia di Kota Kinabalu. Nak marah pun tak guna, karang ade yang lewat gara-gara aku. So kena la bayar tambahan rm75 tuk ekstra 3kg. Memang bengang waktu tu. Moralnya sila semak semula.

Boarding Time

Untuk bagasi bawa sendiri terus check in di 'departure hall'. Kena ada sekurangnya 20-30 minit di dalam balai pelepasan. Kalau tak pasti cuba tengok diatas pintu tulis Depature Hall Domestic / International atau tanya je staff di situ. Sebelum masuk tu ada kastam menunggu tunjuk Boarding Pass dan I.C, kemudian scan barang. Tuk Air Asia maksimum bagasi yang di bawa ke kabin adalah 7kg. Scan semua barang bagasi, wallet, beg tangan, jaket, hp ape aje yang ade di poket letak dalam container yang disediakan.

Selesai, maksudnya dah ada dalam balai tu cuma nak tunggu pesawat je. Rujuk pada papan Led no flight dan pintu mana atau tunggu pengumuman. Sementara tu rehat je di ruang disediakan. Di pintu nanti boarding pass dan I.C sekali lagi perlu ditunjuk pada staff Air Asia dan ikut arahan yang dinyatakan.
Aku harap dapat ini dapat membantu ye. Pengalaman mengajar erti hidup. Peace no war..


No comments:

Post a Comment