Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menhafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datang mengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Ia berkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telah mendengar perkataanmu dan aku sangat kagum dan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menhafaznya. Maka apa yang perlu aku lakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: Hendaklah engkau menggunakan tangan kananmu. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang ia dengarkan.
Hadis Riwayat At Tirmizi
Baru-baru ini aku diperkenalkan oleh adik iparku Azmil Zakaria tentang blogwalking ni. Dia suruh aku 'add gadget' dalam blog ni. Maafla aku memang tak pandai terjemahkan bahasa-bahasa blog ni. Insya Allah cuba perbaiki lagi.
"Kak, add gadget dekat layout blog ni. 'add follower' punya gadget.. baru orang boleh follow. Lepas dah buat tu, join segmen2 ni untuk meramaikan follower.." email dari adik iparku.
Mulanya aku dah pening macamana nak buat ni. Dalam blog ipar aku, boleh la aku 'join' je sebab dia kenal. Blogger lain ni aduhai..banyak kali juga aku baca arahan tuk sertai 'blogwalking' ni. Seharian aku cuma dok fikir ape yang derang ni tulis. Perkataan entri tu yang mana, segmen tu pula apa. 'Copy banner', 'link'. Berkecamuk aku memikirkan apakah benda tu semua. "Poning..poning" sambil mengetuk-ngetuk kepala yang berdenyut. Tabiat aku bile hadapi masalah aku kena selesaikannya. Kalau tak, kepala akan ligat berfikir walaupun mata terpejam. Bila dah tahap sakit kepala tu aku tidur juga la. Jam pukul 2pagi.
Selesaikanlah masalah yang dihadapi dengan penuh hemah kerana sikap terburu tidak membawa kepada penyelesaian yang terbaik.
Dua hari selepas tu aku masih tak puas hati lagi dan aku buka Jom Join Bloglist Ayuinsyirah Tahun 2012. Mula aku amati arahannya sambil aku cuba dalam 'post' aku. Teknik 'try n error' merupakan cara yang berkesan untuk mempelajari sesuatu, tambahan aku orang yang tak ade pengalaman. Kata arwah abah matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Wa..lah..berkat kesabaran dan usaha mencuba membuahkan hasil dan aku dah faham bagaimana nak sertai blogwalking ni.
Pujian tuk blogger yang menyediakan segmen ni kerana telah mengajar aku sesuatu yang baru. Tiap individu punya cara tersendiri, kreatif dan inovatif. Masing-masing punya identiti yang menonjolkan kelebihan masing-masing. Contoh kedua, ini pun disarankan Azmil Segmen Follow Blogwalking oleh Mialiana. Siap ade tutorial lagi tuk blogwalking.Aku suka dengan caranya yang mengajak kita untuk meninjau segmen yang terdapat di dalam blognya sebagai satu syarat pelengkap entri. Ini merupakan satu inisiatif untuk aku berlegar-legar dalam blognya sebelum mengisi arahan terakhir dalam segmen tersebut.
Inilah pengalaman blogwalking aku yang masih baru setahun jagung. Sedikit sebanyak aku dapat mengenali Ayu dan Mia dan mungkin blogger yang seterusnya Insya Allah. Berkawan biar beribu, mengejar ilmu selagi mampu, pengalaman buat kehidupan yang berliku bekalan untuk menemuiNya yang satu. Kepada yang membaca, andai ade salahnye sile beri tunjuk ajar ye.
Terima Kasih.
Follow sini . harap sudi follow balik :)
ReplyDeletehttp://red-redmelon.blogspot.com/
Thanks dear. Akak dh follow u juga..nice blog.jiwa2 remaja.teringat zaman skool dlu. Wish u all the best.
DeleteAkak dulupun sama.. Tak tahu itu dan ini. masa mula menapak di dunia blogging ni, pandai2 sendiri. Tiada rakan untuk dirujuk. Semuanya 'try n error'..
ReplyDeleteSalam perkenalan..
Salam perkenalan akak..
DeleteAlhamdulillah sekarang banyak peningkatannya kan akak. Sye tgk gadget akak sgt advance lah..inspired sye lak tuk upgrade blog.sye nk tambah recent commet box mcm akak de..sye cuba edit widget tp mcm xconfident lak. Sbb takut hilang. Tp sye rs bertuah jg sbb byk rujukan dr blogger yg berkongsikn. :) sye akn xcuba lg..