Tujuan balik Ipoh kali ni tuk menjenguk ahli baru dalam keluarga Azmil dan Tok Pa. Sudah-sudahnya, jadi agenda berkelah penutup bagi tahn 2012 di rumah opah. Berkelah..hehe pada aku berkelah ni macam kita pegi picnic berlepak tepi laut atau taman, makan-makan. Rupanya disebelah suami berkelah tu berkumpul dan makan-makan. Bukan apa aku lah selalu keliru dengan maksud derang.hehe..
Dari Melaka bergerak jam 11 malam, singgah ke Shah Alam dalam kul 1pagi, sampai di Ipoh kul 5 pagi. Aku seperti biasa, sepanjang perjalanan jadi burung belatuk saje. Sesekali bersembang la dengan 'driver'. Sampai rumah opah, bentangkan tilam dan cadar, kami jadi pelanggan pertama menumpang tidur di ruang tamu itu. Sesudah solat subuh, aku biasa lepak di dapur, maksu menjerang air dan sedang menyiapkan sarapan pagi, sambil tu kami berbual-bual. Suami boleh pula bangun awal pagi. Dia dah mengikut achik ke Manong, Daerah Kuala mencari ikan tuk berkelah malam nanti. Ini dia ikan Temoleh Raja ikan sungai tuk dijadikan korban penghuni kepayang nanti.
Selepas sarapan aku ke rumah mertua melawat anak sedara sulung dalam keluarga suami. Kecil comel dan tak banyak ragamnya. Baru 15 hari biasanya bayi akan lebih pada aktiviti menyusu dan tidur rutin proses tumbesarannya. Sementara itu rumah Tokpa pula tengah 'renovate' jadi terpaksa berkurung dalam bilik aje. Oh ye, Ali Mikhail empunya nama. Pastu aku nolong mama ape yang boleh, tak banyak yang aku mampu pun. Sebelah petangnya berkumpul kembali di rumah opah tuk masak. Tapi sempat lagi ramai- pergi ke butik bundle 'window shopping', masuk pagar dah nampak paper bag coach yang sangat menarik. Tapi tengok je lah sebab 'display' aje.
Sesudah itu baru operasi memasak. Ringkas saje menunya, jelatah, ikan temoleh dan satay. Satu kerja nak menyiang ikan yang besar. Aku tak kisah je nak belah perut dan cuci ikan yang besar tu, memandangkan semua berdalik. Bukan ape kena ade orang nak mula. Ikan baru ni memang sedap di goreng bersama sisiknya, supaya isi ikan masih manis. Tak percaya cuba lah nanti. Tapi kena basuh sebersihnya lah. Itu lah rupa ikan yang digoreng mengikut resipi bekas chef yang kini melanjutkan pelajaran dalam bidang 'office management'.
Akhir sekali majlis dimulakan dengan doa selamat sebagai penutup berkelah tahun 2012, dan diakhiri dengan korbannya seekor ikan Temoleh yang sangat sedap. Pernah kami dihidangkan dengan ikan dari carta tiga, dua antara ikan sungai yang terbaik, dan Temoleh memang no.1. Isi ikannya yang kurang lemak tidak terlalu pejal, rasanya bak makan udang galah. Tapi ini pendapat aku je. Apa yang aku rasa. Jujurnya aku bukan orang yang makan ikan darat atau sungai memandangkan bau dan rasanya,yang kurang menyenangkan. Pertama kali aku rasa makan ikan sungai ni bila ade kelah macamni dan achik beli ikan sungai ranking kedua terbaik. Disuruhnya rasa, dan antara 3 jenis ikan tersebut...dua lagi aku tak ingat nama, Temoleh ini yang sangat sedap. Namun ini bukan calang ikan yang mudah didapati dan tak terjangka harganya tuk nak membeli kalau tidak nekad untuk merasa. Alhamdulillah akhir kata dariku sebagai penutup berkelah rumah opah 2012. Sekian.

ler....ingt kn abg azril tangkap tuh ikan...ehehehe...br aja xcited!!! :)
ReplyDelete