Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua
kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda perkataan ini
tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda
bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu
memanjangkan usianya?
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Perempuan
yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh
menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung
atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan
darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih
cepat. Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih
setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini
menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar
pengakuan bersalah.
Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of
Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di
astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan. Tekanan darah yang diukur
dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah
antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat
setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan
kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang
tersebut. Jadi,sayangilah pasangan anda.
Jangan lupa berterima kasih dan
meminta maaf!
No comments:
Post a Comment