Selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Mengimbau kembali zaman persekolahan aku, berkumandang di corong radio Mutiara f.m hampir setiap awal pagi..sungguh mengasyikkan dan mengujakan. Lagu Junjungan antara yang menjadi alunan pagiku telah mengajar aku tentang Sirah seorang lelaki terulung..Nabi Muhammad S.A.W. Lagu ini juga membantu aku tuk menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh ustazah mengujakan aku untuk lebih mengenal lelaki yang hebat ini. Tidak cukup dengan cerita dari ustazah, mak dan abah dapatkan aku buku berkaitanNya merupakan bahan bacaanku yang tak pernah lapuk atau bosan untuk diulang berkali-kali.
Setiap tahun sekolah akan mempersembahkan cerita Sirah Nabi, nasyid dan sajak semperna Menyambut Maulidurasul. Aku mula aktif di tahun 5 menyertai kumpulan nasyid. Mak dan abah turut memberi sokongan, menghantar tiap kali latihan dan menjemput pulang. Aku tahu walaupun mereka tak pernah dengar aku bernasyid, tetapi aku pasti mereka sentiasa terdengar lirik-lirik tersebut berkumat kamit dibibir aku.
" Ya Allah aku bersyukur dengan pengalaman yang aku lalui dan aku memiliki ibubapa yang sentiasa memimpinku ke jalanMu.."
Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.
sedikit petikan dari; (Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)Sejauh mana kita mengenali Rasulullah Muhammad S.A.W bukanlah sekadar kita menyambut tarikh kelahirannya tetapi sentiasa menjadikan baginda sebagai contoh atau idola. Rasulullah mengajar kita untuk memberbaiki kelemahan diri sendiri sebelum kita melangkah dalam skop yang lebih besar. Aku tahu masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam hubungan sesama manusia dan hubungan kepada yang Esa. Untuk berubah perlu mulakan dengan mengamalkan satu persatu secara optimis dan tawaduk. Ikhlaskan hati, banyakkan berdoa mudahan aku dan semua mendapat syafaatNya. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment