Followers

Tuesday, November 12, 2013

@Dairi Pertama kali Travelogue 'Backpacker'



 

Assalamualaikum semua..
     Sebenarnya backpacking ini telah lama kita lakukan, antara sedar dengan tak saja. Contohnya, percaya tak kita adalah backpacker semasa kita balik kampung. Bawa beg, naik bas tetapi penginapan je yang percuma, hehehe sebab balik rumah sendiri. Ini adalah sekumit dari persediaan menjadi backpacker, bezanya ialah situasi,persediaan fizikal dan mental serta pengalaman yang akan dilalui, dimana kita hanya bergantung pada diri sendiri ketika melancong.
   Sebut saja backpacker kita sedia maklum perjalanan tambang murah seperti menggunakan pengangkutan awam, tinggal di hotel bujet dan sentiasa bergalas beg besar sepanjang perjalanan. Namun, penggunaan istilah backpacker kini lebih general dan kini backpacker merupakan trend anak muda bercuti dan menimba pengalaman terutamanya di negara orang. Ok meh nak kongsikan serba sedikit tentang backpacking/backpacker ni. Copy dari wikipedia jadi dalam bahasa inggeris la ye.

History of backpacker

While people have travelled for all history with their possessions in packs they carry on their backs, the concept of modern backpacking can be traced, at least partially, to the Hippie trail of the 1960s and '70s, which in turn followed sections of the old Silk Road. In fact, some backpackers today seek to recreate that journey, albeit in a more comfortable manner.[4] Seventeenth-century Italian adventurer Giovanni Francesco Gemelli Careri has been cited by some authorities as one of the world's first backpackers. The definition of a backpacker has evolved as travellers from different cultures and regions participate. A 2007 paper said "backpackers constituted a heterogeneous group with respect to the diversity of rationales and meanings attached to their travel experiences. They also displayed a common commitment to a non-institutionalised form of travel, which was central to their self-identification as backpackers."Backpacking as a lifestyle and as a business has grown considerably in the 2000s as a result of low-cost airlines and hostels or budget accommodations in many parts of the world.

resource from wikipedia/backpacker

      Memang benar melancong secara backpacking sangat menjimatkan, tetapi meletihkan jika tidak ada perancangan. Memandangkan penerimaan melancong secara backpacking ini kini meluas, maka tidak mustahil untuk kita merancang perjalanan dengan lebih awal. Aku cuba berkongsi serba sedikit pengalaman pertama backpacker yang tak seberapa ye.
Bagaimana caranya?
  1. Lebih seronok jika kita backpacking berkumpulan atau berpasangan supaya perjalanan tidak begitu membosankan. Andai ingin melancong secara individu masih tak menjadi masalah jika sudah menjadi kebiasaan.
  2. Rancang tempat percutian lebih awal, jika boleh 3 bulan lebih awal untuk menempah tiket penerbangan dan tempat penginapan pada harga berpatutan.
  3. Buat research tentang tempat, kebudayaan atau mercu tanda di sesebuah destinasi yang ingin ditujui. Apa yang penting adalah:
    • google destinasi yang akan dituju
    • rancang perjalanan seperti waktu bertolak, pengangkutan awam yang perlu dinaiki dan jalan yang dilalui.
    • kemudahan pengangkutan awam yang terdekat.
    • hotel budget yang berdekatan ( sebaiknya di kawasan bandar)
    • mudah untuk mencari bekalan makanan
  4. Edarkan jadual perancangan sesama kawan atau pasangan untuk memudahkan perjalanan.
  5. Perlukan beg yang tahan lasak dan selesa untuk dibawa kemana-mana sebaiknya beg sandang dengan kandungan pakaian yang minima (benda yang perlu sahaja)
  6. Pakai pakaian dan kasut yang selesa mengikut keadaan memandangkan banyak pergerakkan.
  7. Sediakan dokumen perjalan.
  8. Tukar matawang sebelum ke destinasi.
  9. Update/install  google MAPs atau GPS.
  10. Persediaan fizikal dan mental
   Pengalaman pertama kali aku melancong secara backpacking penat. Bayangkan ke hulu ke hilir perlu tarik dan angkat bagasi. Kemudian bila nak redah orang ramai depan pintu train. Kena mengangkat pula bila nak panjat dan turun tangga. Biasalah keadaan macam tu ye tak, kalau tak takkan digelar backpacker hehe..  Betul tu, tetapi yang salahnya adalah persediaan untuk jadi seorang backpacker.
Mengapa begitu?
  1. 'Zero knowledge' - aku dan suami tak buat research tentang tempat, pengangkutan yang digunakan dan jarak setiap destinasi. Apa yang kami risaukan adalah muatan bagasi dan memudahkan membawanya. Sebaiknya dapatkan tentatif perjalanan dan baca artikel yang berkaitan destinasi dan pengalaman backpacker yang lain.
  2. Bagasi yang tidak sesuai- jangan sesekali menggunakan bagasi kebiasaan kita bawa melancong atau aku panggil beg peti. Teorinya memang mudah sebab kita hanya tarik je bagasi tu. Tetapi sangat-sangat tak praktikal bila kita perlu mengangkatnya ketika menaiki dan menurun tangga. Letih habaq mai. Sebaiknya cuba guna bagasi sandang atau ransel. Nanti aku cuba buat tip-tip untuk bagasi ok.
  3. Bawa pakaian yang berlebihan -sebenarnya cukup untuk bawa sehelai sweater, 2 pasang pakaian yang mudah basuh/ cepat kering dan 2 pasang sarung kaki serta kasut yang selesa. Andai terasa ingin tukar baju mengapa tidak beli dari kedai souvenir.
  4. Membeli buah tangan - kebiasaan cerita nak melancong, orang akan kirimkan/ kita ingin belikan untuk orang mahupun diri sendiri. Untuk backpacker sebaiknya beli sesuatu yg tak mudah pecah, kecil dan tak menambahkan berat bagasi. Pengalaman dari aku juga, shopping tak hinggat..haha.

Tips memilih bagasi yang sesuai untuk backpacker.

1. Ukur dari tulang ke 7 vertabra hingga ke pinggul.

Apa jua jenis backpack/bagasi yang dipilih, ia perlulah muat atau selesa dengan badan (torso) kita. Untuk memastikan ukuran tersebut cuba lihat rajah sebelah. Cuba tunduk sedikit dan pointkan pada tulang ketujuh yang paling menonjol/timbul pada bahagiang belakang leher. Kemudian cari kedudukan tulang iliac crest, yang berada atas dari tulang pinggul dan ambil pita pengukur ukur dari point tulang 7 hingga iliac crest. Itulah ukuran panjang torso kita.

 

2. Pastikan bagasi selesa digalas mengikut panjang badan.

Untuk bagasi tersebut berada dalam kedudukan yang baik, jarak dari penggalas bahu hingga ke tali pinggang bagasi dapat menampung panjang badan (torso),  bukan ketinggian diri kita. Ini kerana seseorang yang tinggi tidak semestinya disebabkan panjang badannya dan begitu juga sebaliknya. Untuk memasikan bagasi tersebut sesuai, boleh dilihat julat saiz yang ada pada bag sama dengan panjang torso kita. Andai kita tidak selesa mengalas bagasi bermaksud size bag tersebut salah. Umpama memiliki kasut andai tidak sesuai saiznya pasti kaki melecet. Begitulah kita tak mahu menanggung sakit belakang.

3. Kedudukan tali pinggang bagasi

Akhir sekali, perlu dipastikan yang tali pinggang bagasi perlu berada pada paras tulang pinggul bukan di pinggang atau bawah tulang pinggul. Ini untuk memastikan beban yang ditanggung dapat disokong.

Ini adalah beberapa tips pemasangan bagasi:

Panjang tubuh badan kita perlu muat/sama dengan julat panjang ukuran bagasi.
Tali bahu hendaklah terletak pada belakang bahu kita.
Tali pengangkat beban harus keluar pada sudut 45 °  daripada bagasi.
Tali padding bahu sepatutnya berakhir 2 atau 3 inci di bawah ketiak kita.
Tali pinggang hendaklah meliputi bahagian atas tulang pinggul kita (iliac crest).
Tali pinggang harus menyokong majoriti berat bagasi ini.

Di sini aku sertakan link tentang tip-tip persediaan bagasi yang aku rasa sesuai untuk orang yang pertama kali nak jadi backpacker.
http://backpackers.my/293/tips-tips-backpacking/

Tuesday, October 29, 2013

Travelogue Sabah

Hari pertama 12/12/12


 

Sebut sal Sabah tentu semua terfikirkan Gunung Kinabalu yang terkenal. Kalau diikutkan pusing.Sabah ni mau sebulan si Fucia ni kena duduk sana hehe. Perjalanan kami adalah disekitar Kota Kinabalu. Turun dari lapangan terbang terus dibawa berjalan-jalan sekitar bandar tempat pertama yang kami jejak adalah Sutera Harbour Resort. Sebagai orang awam tempat ni boleh dikunjungi untuk bergambar sangat cantik, jadi aku pun tak lepaskan peluang.



Seterusnya ke Yayasan Sabah yang juga dikenali sebagai Menara Tun Mustapha dibina pada tahun 1977 kedua tertinggi di Borneo selepas Wisma Sanyan di Sibu. Terdapat restoran yang berputar di tingkat 18. Tak berkesempatan masuk lagi. Di sini juga ada galeri Tun Dato Mustapha untuk kunjungan umum.



Perut dah berkeroncong, apa lagi jom pekena nasi campur di Restoran Getaran Jiwa. Restoran ni terletak di Alam Mesra bertentangan dengan Borneo One menyajikan makanan mengikut selera semenanjung. Kemudian terus ke penginapan Homestay apartment di Inanam untuk berehat milik Pn. Safarina.

 
Sebelum tu sempat lah pusing-pusing dulu, kami singgah di warung kecil jual jeli kelapa. Dalam buah kelapa tu dimasak puding kelapa dn disejukkan didalamnya. Sedap sangat rasa kelapa dan pudingnya lembut. Warung ni dapat pengiktirafan JJCM TV3 lagi.
Malam pula cari makan Seafood Anjung Qaseh salah satu kedai makanan laut yang terletak di Waterfront. Dibuka pada waktu malam sahaja. Waktu siang tengok orang akan parking kereta kat sini. Ikan atau makan laut disini segar dan masakannya sedap.


 

 

Hari Ke Dua 13/12/12



Hari ke-2 kami di bawa oleh abang Pian berjalan-jalan dikawasan berhampiran Gunung Kinabalu. Tempat pertama berhenti di Tamparuli 1st Suspension Bridge. Merupakan titi gantung asal dikawasan tersebut.

Dari titi gantung ni dah boleh nampak permandangan Gunung Kinabalu yang megah. Sebenarnya dihadapan ada satu replika Jambatan Tamparuli ni berdekatan dengan pekan.
Kami meneruskan perjalanan ke Nabalu. Sepanjang perjalanan kami khusyuk dengan suasana sekeliling yang berkabus dan dan berawan, serta teruja melihat permandangan Gunung Kinabalu dari posisi yang berlainan. Setiba di pekan Nabalu kami singgah di Anjung Nabalu tempat rehat dengan berlatarkan Gunung Kinabalu. Di pekan ini terdapat pasar tani dan gerai cenderahati dan kraf yg menarik.





 
Destinasi seterusnya adalah Kundasang, merupakan tempat yang wajib singgah. Terdapat tempat-tempat menarik di sini seperti Rumah terbalik, pasar sayur dan buah-buahan di pekan Ranau.

Tapi yang ini nak 'rekemen' tuk dilawati iaitu Kg. Luanti bermain dengan ikan kelah. Hehe tu tengah 'control' geli. Disini pengunjung dipanggil mengikut giliran dan diberi masa 15 minit. Ikan tu tengah diberi makan. Tapi kalau palet makanan tu dah habis, ikan tu macam tau-tau je wat barisan tuk berehat.
 
Kemudian kami menuju ke Poring. Tempat ini terkenal dengan kolam air panas. Telaga air panas ini terhasil dari aktiviti gunung berapi kurang aktif hasil terakhir kehilangan haba dari batu Ignues. Panas Bah..
 
'Last but not least' Desa Cattle Mesilau, Ranau atau 'Mini New Zealand' nama jolokan oleh para pelancong yang pernah sampai disini. Tempat ini merupakan kawasan ternakan lembu tenusu. Disini boleh dilihat proses penuaian susu sehingga susu dikotakkan. Gambar ini salah satu pengalaman yang boleh dirasai pengunjung memberi anak lembu menyusu dan makan.
 

 
Selamat tinggal Melisau. Tak sempat tuk singgah di Kinabalu National Park. Hari kian kelam, harus kami berangkat pulang. Seronok andai dapat bermalam sehari di Ranau kalau boleh. Perjalanan seharian amat memenatkan tapi sangat berbaloi.


* Sebarang pertanyaan tentang pakej bercuti di Sabah yang ditawarkan oleh pasangan Pn Safarina dan suami bole hubungi beliau di 016 8109796

Kemas kini Blog G.B.M

Alhamdulillah..

   Sudah lama menyepi dari alam blogging. Buka je blog G.B.M rasa masya Allah serabut je nampak. Hehe... sebelum ni template blog aku agak suram..(biasala ikut kepala sendiri)..mula la gatal tangan, jadi aku cuba jadikan ia bersih dan kemas sebaik mungkin. Taadaaa...hehe (masih syok sendiri gak) haha..

   Dah kemas (pada pandangan mata aku je la) mula la nak fikir apa yang perlu aku tulis. Lantas aku baca entri-entri yang terdahulu..Kenapa blog aku seperti tiada isinya..huh..jari jemari aku mula berhenti menaip. Apa tujuan aku menulis blog ni sebenarnya.. Aku cuba kembali ke entri "Salam Pengenalan". Realitinya ini yang aku katakan personal blog A.K.U, sedangkan bloger lain yang aku baca jauh bezanya beza gile lah.. Camna pun, aku masih inginkan sesuatu dari berblogging ni. Ya, sesuatu yang aku masih tak pasti..

   Blog kita adalah hak kita untuk mencorakkannya.. jadi...  La Tahzan ya G.B.M
chaiyuukk!!

Thursday, January 24, 2013

Kelahiran Utusan Yang Teragung

Bismillahi rahmani rahim..
Selawat keatas junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Mengimbau kembali zaman persekolahan aku, berkumandang di corong radio Mutiara f.m hampir setiap awal pagi..sungguh mengasyikkan dan mengujakan. Lagu Junjungan antara yang menjadi alunan pagiku telah mengajar aku tentang Sirah seorang lelaki terulung..Nabi Muhammad S.A.W. Lagu ini juga membantu aku tuk menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh ustazah mengujakan aku untuk lebih mengenal lelaki yang hebat ini. Tidak cukup dengan cerita dari ustazah, mak dan abah dapatkan aku buku berkaitanNya merupakan bahan bacaanku yang tak pernah lapuk atau bosan untuk diulang berkali-kali.
Setiap tahun sekolah akan mempersembahkan cerita Sirah Nabi, nasyid dan sajak semperna Menyambut Maulidurasul. Aku mula aktif di tahun 5 menyertai kumpulan nasyid. Mak dan abah turut memberi sokongan, menghantar tiap kali latihan dan menjemput pulang. Aku tahu walaupun mereka tak pernah dengar aku bernasyid, tetapi aku pasti mereka sentiasa terdengar lirik-lirik tersebut berkumat kamit dibibir aku.
" Ya Allah aku bersyukur dengan pengalaman yang aku lalui dan aku memiliki ibubapa yang sentiasa memimpinku ke jalanMu.."

Berkata Al-Hasan r.a. lagi: Saya pun menanyakan pula tentang diamnya, bagaimana pula keadaannya? Jawabnya: Diam Rasulullah SAW bergantung kepada mempertimbangkan empat hal, yaitu: Kerana adab sopan santun, kerana berhati-hati, kerana mempertimbangkan sesuatu di antara manusia, dan kerana bertafakkur. Adapun sebab pertimbangannya ialah kerana persamaannya dalam pandangan dan pendengaran di antara manusia. Adapun tentang tafakkurnya ialah pada apa yang kekal dan yang binasa. Dan terkumpul pula dalam peribadinya sifat-sifat kesantunan dan kesabaran. Tidak ada sesuatu yang boleh menyebabkan dia menjadi marah, ataupun menjadikannya membenci. Dan terkumpul dalam peribadinya sifat berhati-hati dalam empat perkara, iaitu: Suka membuat yang baik-baik dan melaksanakannya untuk kepentingan ummat dalam hal-ehwal mereka yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat, agar dapat dicontohi oleh yang lain. Baginda meninggalkan yang buruk, agar dijauhi dan tidak dibuat oleh yang lain. Bersungguh-sungguh mencari jalan yang baik untuk maslahat ummatnya, dan melakukan apa yang dapat mendatangkan manfaat buat ummatnya, baik buat dunia ataupun buat akhirat.

sedikit petikan dari; (Nukilan Thabarani - Majma'uz-Zawa'id 8:275)

Sejauh mana kita mengenali Rasulullah Muhammad S.A.W bukanlah sekadar kita menyambut tarikh kelahirannya tetapi sentiasa menjadikan baginda sebagai contoh atau idola. Rasulullah mengajar kita untuk memberbaiki kelemahan diri sendiri sebelum kita melangkah dalam skop yang lebih besar. Aku tahu masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam hubungan sesama manusia dan hubungan kepada yang Esa. Untuk berubah perlu mulakan dengan mengamalkan satu persatu secara optimis dan tawaduk. Ikhlaskan hati, banyakkan berdoa mudahan aku dan semua mendapat syafaatNya. In Sha Allah.

Tuesday, January 8, 2013

Rahsia 2 perkataan ini pada wanita

sorry Stock Photo - 10787421Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan dua kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi anda perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya?
Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
Healthy heart beat on monitor screen. Medical illustration. Heart shape. Stock Photo - 10292955Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat. Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.
Thank You : Coffee beans on yellowish vintage paper with pencil inscription: Thank you, I love you. Natural morning sunlight.Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan. Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut. Jadi,sayangilah pasangan anda.
 Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf!

Tuesday, January 1, 2013

Berkelah

 
     Tujuan balik Ipoh kali ni tuk menjenguk ahli baru dalam keluarga Azmil dan Tok Pa. Sudah-sudahnya, jadi agenda berkelah penutup bagi tahn 2012 di rumah opah. Berkelah..hehe pada aku berkelah ni macam kita pegi picnic berlepak tepi laut atau taman, makan-makan. Rupanya disebelah suami berkelah tu berkumpul dan makan-makan. Bukan apa aku lah selalu keliru dengan maksud derang.hehe..
     Dari Melaka bergerak jam 11 malam, singgah ke Shah Alam dalam kul 1pagi, sampai di Ipoh kul 5 pagi. Aku seperti biasa, sepanjang perjalanan jadi burung belatuk saje. Sesekali bersembang la dengan 'driver'. Sampai rumah opah, bentangkan tilam dan cadar, kami jadi pelanggan pertama menumpang tidur di ruang tamu itu. Sesudah solat subuh, aku biasa  lepak di dapur, maksu menjerang air dan sedang menyiapkan sarapan pagi, sambil tu kami berbual-bual. Suami boleh pula bangun awal pagi. Dia dah mengikut achik ke Manong, Daerah Kuala mencari ikan tuk berkelah malam nanti. Ini dia ikan Temoleh Raja ikan sungai tuk dijadikan korban penghuni kepayang nanti.
     Selepas sarapan aku ke rumah mertua melawat anak sedara sulung dalam keluarga suami. Kecil comel dan tak banyak ragamnya. Baru 15 hari biasanya bayi akan lebih pada aktiviti menyusu dan tidur rutin proses tumbesarannya. Sementara itu rumah Tokpa pula tengah 'renovate' jadi terpaksa berkurung dalam bilik aje. Oh ye, Ali Mikhail empunya nama. Pastu aku nolong mama ape yang boleh, tak banyak yang aku mampu pun. Sebelah petangnya berkumpul kembali di rumah opah tuk masak. Tapi sempat lagi ramai- pergi ke butik bundle 'window shopping', masuk pagar dah nampak paper bag coach yang sangat menarik. Tapi tengok je lah sebab 'display' aje.
     Sesudah itu baru operasi memasak. Ringkas saje menunya, jelatah, ikan temoleh dan satay. Satu kerja nak menyiang ikan yang besar. Aku tak kisah je nak belah perut dan cuci ikan yang besar tu, memandangkan semua berdalik. Bukan ape kena ade orang nak mula. Ikan baru ni memang sedap di goreng bersama sisiknya, supaya isi ikan masih manis. Tak percaya cuba lah nanti. Tapi kena basuh sebersihnya lah. Itu lah rupa ikan yang digoreng mengikut resipi bekas chef yang kini melanjutkan pelajaran dalam bidang 'office management'.
          Akhir sekali majlis dimulakan dengan doa selamat sebagai penutup berkelah tahun 2012, dan diakhiri dengan korbannya seekor ikan Temoleh yang sangat sedap. Pernah kami dihidangkan dengan ikan dari carta tiga, dua antara ikan sungai yang terbaik, dan Temoleh memang no.1. Isi ikannya yang kurang lemak tidak terlalu pejal, rasanya bak makan udang galah. Tapi ini pendapat aku je. Apa yang aku rasa. Jujurnya aku bukan orang yang makan ikan darat atau sungai memandangkan bau dan rasanya,yang kurang menyenangkan. Pertama kali aku rasa makan ikan sungai ni bila ade kelah macamni dan achik beli ikan sungai ranking kedua terbaik. Disuruhnya rasa, dan antara 3 jenis ikan tersebut...dua lagi aku tak ingat nama, Temoleh ini yang sangat sedap. Namun ini bukan calang ikan yang mudah didapati dan tak terjangka harganya tuk nak membeli kalau tidak nekad untuk merasa. Alhamdulillah akhir kata dariku sebagai penutup berkelah rumah opah 2012. Sekian.